The Brave Fishermen

PULAU LIMA (The Brave Fishermen)

Tolong bantu Do’anya Sayang..? ,
Kami terpaksa melaut malam ini,
Meski angin kencang, dan hujan tak usai berhenti,
Kami tetap melaut malam ini,
Menangkap mayong, mamong dan keretang

Angkatlah sauh dari Tanjung Pendam,
Arahkan haluan ke Pulau lima,
Meski alun semakin menggila,
Kami tetap melaut malam ini,
Menangkap gelombang, menangkap harapan.


Tolong bantu Do’anya sayang..?,
Kerana Nelayan tak pandai menangis,
Meski gelombang besar dan angin siklon bersiut-siutan,
Kami takkan menunggu di rumah sembari menjalin pukat.

Tolong bantu Do’anya Sayang ?
Jika tangis jatuh di Selat Nasik,
Kerana Badai menghantam pulau ,
Dan perahu terbelah dua,
Itupun bukan tangis kami sayang.?.
Kerana Nelayan tak pandai menangis.

Tunggulah kami di Bandar Belitong, Sayang
Meski Tak banyak tangkapan kami hari ini
Sedikit bebulus, ilak dan seminyak,
Kerana Nelayan tak pandai menangis,
Kerana Nelayan tak pernah menyerah.!

Selat Nasik, Juli 2010

Komentar